Khamis, 20 September 2018

CoRT 1(KELUARAN) dan CoRT 4 (PEMIKIRAN KREATIF)

Disediakan oleh: Tan Pei Ling


Edward De Bono telah mencipta enam Cognitive Research Trust (CoRT) :

*      CoRT 1: Keluasan Persepsi
*      CoRT 2: Organisasi Proses Berfikir
*      CoRT 3: Interaksi, Argumen, Pemikiran Kritis
*      CoRT 4: Pemikiran Kreatif
*      CoRT 5: Maklumat dan Perasaan
*      CoRT 6: Tindakan


    CoRT I
    
    





    CoRT IV

        Terdapat 9 alat dalam Cort IV yang lebih menumpukan kepada pemikiran kreatif. Alat-alat berfikir Cort IV dapat merangsangkan pemikiran pelajar untuk melihat sesuatu isu dan idea secara kreatif sebelum membuat sesuatu rumusan atau keputusan.


   1)    Ya, Tidak dan Po (Yes, No and Po) – Pelajar boleh menggunakan jawapan TIDAK untuk menolak pandangan atau cadangan dan YA jika bersetuju. Sekiranya tidak dapat menolak sepenuhnya pandangan tetapi melihat secara kreatif sebagai satu khayalan atau fantasi atau semata-mata sebagai satu pandangan maka pelajar boleh jawab “PO” kepada pandangan tersebut. “PO” juga digunakan apabila kita tidak dapat menimbangkan sesuatu idea tetapi kita ingin memikirkan idea tersebut secara kreatif dan memberi pendapat atau pandangan yang lain berdasarkan idea itu.

   2)    Batu Loncatan (Stepping Stone) – Menggunakan idea atau pandangan sedia ada untuk mendapatkan atau mencipta idea baharu. Ini adalah bermakna idea asal digunakan sebagai batu loncatan untuk mendapatkan idea baru yang lebih realistik untuk dipraktikkan atau bergerak kepada idea yang lain.

   3)   Input Rawak (Random Input) – Kita boleh mengambil mana-mana perkataan yang ada dalam bahan bacaan atau apa sahaja perkataan yang terlintas dalam pemikiran sebagai input rawak walaupun unsur tersebut tidak berkaitan secara langsung dalam situasi atau masalah yang sedang kita fikirkan.

 4)   Mencabar konsep/idea dominan (Concept challenge/dominant idea) – Mencabar konsep yang sedia ada dapat mencetuskan idea baru yang kadang kala boleh memberi pilihan yang lebih baik kepada kita. Cabaran yang dibuat boleh memastikan adakah itu sahaja satu-satunya cara yang dapat dilakukan dalam sesuatu perkara atau situasi dan tidak mempunyai pilihan lain yang lebih baik. Dalam sesuatu rancangan atau program tentu ada idea dominan yang menjadi tujuan utama program tersebut. Semua aktiviti yang dilakukan dalam program hendaklah menjurus kepada mencapai hasrat idea dominan tersebut. Untuk mendapatkan idea baharu, kita perlu mengenal pasti idea dominan dan mencari jalan untuk keluar daripadanya sekiranya ada kebaikan yang lebih besar.

 5)   Mengasingkan kelemahan (Remove faults) – Kelemahan disifatkan sebagai sesuatu yang salah dan perlu dibetulkan atau dibaiki. Untuk mengetahui kelemahan sesuatu idea atau aktiviti kita perlu menyenaraikan kelemahan tersebut dan mengasingkan mengikut keutamaan. Sebelum membuat pengasingan perlu difikirkan apakah kelemahan yang ada dan bagaimanakah cara mengatasinya.

 6) Kombinasi – Penggabungan beberapa idea dapat mencetuskan idea baharu. Percantuman idea boleh menyelesaikan sesuatu masalah. Kombinasi idea boleh digunakan dalam pelbagai situasi kehidupan seperti mencipta barangan baharu atau menyelesaikan masalah.

  7)  Mentakrifkan masalah – Mentakrif bermaksud kita menghuraikan sesuatu masalah secara terperinci dan akhirnya dapat mengetahui masalah sebenar. Melalui takrifan juga akan mencetuskan idea baru bagi membantu penyelesaiannya. Takrifan membawa idea munasabah untuk dilaksanakan diterima dan sebaliknya takrifan membawa idea yang tidak sesuai akan ditolak.

   8)  Keperluan-keperluan – Bagi memantapkan sesuatu idea, rekaan ataupun pendapat keperluan yang berkaitan dengan situasi perlu disenaraikan. Kita akan melihat apakah kekurangan yang mungkin timbul dan dapat dibaiki sebelum dilaksanakan. Apabila kita memikirkan keperluan untuk sesuatu idea, rekaan atau pendapat banyak idea lain yang dapat dicetuskan untuk melengkapkan idea utama tadi.

   9)   Penilaian – Sesuatu idea, ciptaan dan aktiviti perlu dinilai supaya ia memenuhi kehendak semasa. Penilaian bermaksud menilai sesuatu idea untuk mengetahui sama ada ia akan Berjaya atau tidak. Ini bermakna kita meninjau dari segi kesesuaiannya kepada keperluan semasa serta kebaikan dan keburukannya.

        

Cara-Cara Membuat Nota


Disediakan Oleh: Kang Wei Li

Menurut Kamus Dewan Edisi Kedua, nota bermaksud catatan bertulis yang digunakan untuk rujukan. Kemahiran mencatat nota merupakan kemahiran yang wajib dikuasai oleh semua pelajar terutamanya pelajar-pelajar yang menuntut di pusat pengajian tinggi. Nota yang dihasilkan melalui kreativiti sendiri akan meningkatkan daya ingatan seseorang dan keberkesanannya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Semasa mencatat nota, pelajar haruslah pandai membezakan antara fakta dengan huraian. Huraian merupakan sokongan bagi fakta dan dikira tidak penting dalam catatan nota.

            Semasa guru atau pensyarah mengajar kita sesuatu benda baharu dan kita tidak mencatatnya di dalam buku nota kita, pasti pengajaran tersebut mudah kita lupa. Sebaliknya, jika adanya nota dan kita sentiasa membaca dan menghafal, pasti kita dapat ingat dan akan dijadikan memori jangka masa panjang. Menurut Tuurkel, J.K. & Peterson, F (1982), mencatat juga membantu pelajar memberi tumpuan dan mengingat apa yang disampaikan oleh pensyarah. Mencatat nota merupakan salah satu cara untuk belajar.

Faktor pelajar gagal mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan mungkin berpunca daripada pelajar tidak mempunyai nota yang sistematik dan tersusun. Menurut Wan Izzuddin Wan Sulaiman dan Wan Hasni Wan Sulaiman (1991), pelajar harus tiba tepat pada watu kuliah supaya tidak ketinggalan dalam mencatat nota. Menurut Siti Hawa Munji pula, pelajar bukan sahaja perlu menepati masa, tetapi juga perlu memilih tempat duduk yang sesuai supaya boleh menumpukan sepenuh perhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, terdapat empat cara yang boleh untuk membuat nota:

                                        

Pertama sekali ialah annotation. Annotation ialah nota yang dituliskan dalam bentuk catatan isi penting, kandungan perbincangan yang disampaikan dalam kuliah. Tujuan membuat catatan adalah untuk mengenal pasti kandungan atau fokus tajuk yang dibincangkan. Catatan disediakan dengan menggunakan pen highlighter untuk menonjolkan perkataan atau isi penting yang dinyatakan. Nota juga boleh dibuat dalam bentuk garis, highlight, bulatan, tanda soal dan sebarang tanda atau pangkah dan sebagainya. Cara ini sesuai digunakan untuk bahan bercetak. Contohnya, 





Selain itu, Outline Notes. Outline dilakukan dengan menggunakan tajuk besar dan kecil serta indentation. Outline Notes merupakan nota berbentuk isi atau points dengan menggunakan perenggan, nombor atau perkataan. Cara ini hanya menggunakan kata kunci atau frasa. Contohnya:






Seterusnya, kaedah membuat nota dengan Column Notes. Column Notes merupakan nota yang menggunakan format berbentuk lajur. Teknik ini sesuai digunakan bagi subjek Sains dan Matematik. Nota dicatat mengikut tajuk dan subtajuk dalam satu kolum. Kolum sebelah kiri adalah idea utama/tajuk atau subtajuk. Kolum sebelah kanan adalah penerangan atau penjelasan kepada tajuk dan subtajuk. Contohnya:
            
                                         



Akhir sekali, nota rumusan. Nota dicatat dalam bentuk rumusan dan ditulis dalam perenggan. Nota ini lebih berfokus kepada isi penting. Ruangan di antara nota disediakan untuk nota tambahan. Nota rumusan merupakan nota yang ditulis dengan mencatat semula apa yang difahami daripada teks yang dibaca ataupun yang didengari bukan membuat ringkasan. Contohnya:

                                    



Kesimpulannya, kita berfikir secara kritis, analitik dan kreatif semasa membuat nota untuk memilih fakta yang berkaitan sahaja. Ini dapat membantu pelajar mengimbas kembali apa-apa yang telah dipelajari atau apa-apa yang kita baca. Nota merupakan rekod kekal yang boleh dirujuk pada bila-bila masa atau apabila terlupa. Membuat nota adalah satu kaedah berkesan untuk pengukuhan. Pelajar tidak perlu mengingat semua yang telah dipelajari dan boleh membantu pelajar membuat rujukan akhir sebelum menghadapi peperiksaan. 


Info yang lebih lanjut boleh rujuk:










                            








Alat-Alat Berfikir dalam Membuat Nota


Disediakan Oleh: Vincent Lee Kok Hoe

Pengurusan Grafik


Pengurusan Grafik (PG) merupakan pemetaan atau pola penyusunan yang mewakili perhubungan antara maklumat-maklumat tentang sesuatu idea. Ia dikatakan ilustrasi bergambar yang mewakili sesuatu pernyataan.


  Pengurusan grafik digunakan untuk menyusun idea dengan lebih mudah, membezakan sesuatu perkara dengn tepat, membentuk klasifikasi dengan lebih tersusun dan lain-lain.


  Contoh pengurusan grafik yang digunakan adalah membanding dan membeza, membuat kategori, meneliti bahagian kecil dan keseluruhan, menerangkan sebab dan akibat, dan mengusul periksa andaian.


Contohnya:

Gambar 1.1: PG Membanding dan Membeza


Gambar 1.2: PG Menerangkan Sebab dan Akibat / Kesan




Gambar 1.3: PG Membuat Kategori

                                   
Peta Minda


Peta Minda adalah suatu lakaran grafik yang bertujuan untuk pembelajaran, percambahan fikiran, ingatan, pemikiran visualisasi, dan penyelesaian masalah oleh para pendidik, jurutera, pakar psikologi, dan orang rami secara umunya. 

  Peta minda boleh digunakan dengan mengorganisasi idea dalam bentuk gambar dan kata kunci, mencatat nota dengan ringkas dan mudah, serta mengembangkan kreativiti, organisasi, dan persembahan idea. Terdapat beberapa ciri peta minda, antaranya ialah kreatif dan tidak formal (boleh dilukis) dan tajuk diletakkan di bahagian tengah (idea-idea lain dikembangkan di luar idea utama)

 Kebaikan menggunakan peta minda adalah kerana ia mudah diingati mudah dibaca dan difahami. Manakala kelemahan menggunakan peta minda adalah kerana terlalu ringkas (guna singkatan, bahasa atau perkataan tertentu) dan tiada huraian jelas.

Contohnya:


Gambar 1.4: Peta Minda Jenis Pokok.


Gambar 1.5: Peta Minda Jenis Ikan Tulang


Video berkaitan:





Pemetaan i-Think

Pemetaan i-think merupakan program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar. 

Pemetaan i-Think digunakan dalam:
  • Mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu
  • Menerokai pelbagai kemungkinan idea dan ciptaan
  • Membuat pertimbangan yang wajar bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah 
  • Membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami

      
          Gambar 1.6: Lapan jenis pemetaan i-Think.


Video tentang pemetaan i-Think.


   Teknik Menyoal Aras Tinggi

   Kemahiran menyoal adalah alat perkembangan minda yang paling penting bagi manusia. Apabila seseorang itu pandai menyoal, dia sudah menguasai kemahiran belajar dan dapat belajar dengan efektif dan efisien dalam apa-apa matapelajaran yang diambilnya. 
      
       Antara tujuan menyoal adalah:
  •    Mengenal pasti apa pelajar tahu
  •    Menimbulkan minat dan sifat inkuiri
  •    Menggalakkan pemikiran dan perbincangan
  •    Menjana pembelajaran kendiri
Terdapat beberapa teknik menyoal aras tinggi, antaranya:
                           
i. Penyoalan Sokratik

         Teknik ini diperkenalkan oleh ahli falsafah Yunani bernama Socrates, lebih 2500 tahun    dahulu. Beliau menegaskan soalan amat penting dalam menjana pemikiran seseorang dengan kritis. Penyoalan Sokratik juga dikenali sebagai Teknik “deep questioning”. Antara jenis soalan dalam penyoalan Sokratik adalah seperti berikut:


a)    Soalah untuk mendapatkan penjelasan
b)    Soalan yang menyiasat andaian
c)    Soalan menyiasat sebab dan bukti
d)    Soalan yang mendapatkan padangan / pendapat
e)    Soalan yang menyiasat implikasi dan kesan
f)     Soalan mengenai soalan

         ii. Soalan Bertumpu dan Bercapah

       Soalan bertumpu dan bercapah merupakan jenis soalan yang memberi penumpuan kepada sama ada sesuatu soalan itu berkehendakkan jawapan respon yang terhad atau tidak terhad.
      
     Jadual dibawah menjelaskan perbezaan antara soalan bertumpu dan soalan bercapah.

SOALAN BERTUMPU
SOALAN BERCAPAH
Aras rendah
Aras tinggi
Jawapan atau respon terhad, membawa maksud tersurat
Jawapan atau respon luas, membawa maksud tersirat
Berbentuk tertutup
Berbetntuk terbuka
Sesuai menguji daya ingatan
Sesuai menguji penaakulan dan penafsiran
Lebih bersifat objektif
Lebih bersifat subjektif



 iii.  Lingkaran Soalan


Teknik ini diperkenalkan oleh Christenbury dan Kelly (1983) dan diperkenalkan oleh William W. Wilen di Malaysia pada tahun 1994. Lingkaran soalan memberi tumpuan kepada tiga skop khusus, iaitu perkara (P), individu (I), dan luar individu (LI). Gabungan tiga skop ini akan menjana lebih soalan yang boleh meningkatkan kemahiran berfikir. Semasa pertanyaan, kaedah kata tanya ‘5W1H’ juga boleh diaplikasikan, iaitu who, when, why, where, what dan how.

Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh rujuk video dibawah:







Rujukan:


Azual Hamdan. (2013). Soalan dan Penyoalan. Diakses pada 18 September 2018, daripada
Nurul aqilah. Alat-Alat Berfikir dalam Membuat Nota. Diakses pada 18 September 2018,              daripada https://sites.google.com/site/kemahiranbelajarnurulaqilah/bab-5-kemahiran-             mengambil-dan-membuat-nota/cara-cara-membuat-nota
Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon dan Aliza Adnan. (2014). Kemahiran Belajar. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Wong Sie Leong dan Lam Chang Po. Alat-Alat Berfikir Dalam Membuat Nota. Diakses pada 10 September 2018, daripada https://wsllcp.wordpress.com/about/