Disediakan Oleh: Vincent Lee Kok Hoe
Pengurusan Grafik
Pengurusan Grafik
Pengurusan Grafik (PG) merupakan pemetaan atau pola penyusunan yang mewakili perhubungan antara maklumat-maklumat tentang sesuatu idea. Ia dikatakan ilustrasi bergambar yang mewakili sesuatu pernyataan.
Pengurusan grafik digunakan untuk menyusun idea dengan lebih mudah, membezakan
sesuatu perkara dengn tepat, membentuk klasifikasi dengan lebih tersusun dan
lain-lain.
Contoh pengurusan grafik yang digunakan adalah membanding dan membeza, membuat
kategori, meneliti bahagian kecil dan keseluruhan, menerangkan sebab dan akibat,
dan mengusul periksa andaian.
Contohnya:
Gambar 1.1: PG Membanding dan Membeza
Gambar 1.2: PG Menerangkan Sebab dan Akibat / Kesan
Gambar 1.3: PG Membuat Kategori
Peta Minda
Peta Minda adalah suatu lakaran grafik yang bertujuan untuk
pembelajaran, percambahan fikiran, ingatan, pemikiran visualisasi, dan
penyelesaian masalah oleh para pendidik, jurutera, pakar psikologi, dan orang
rami secara umunya.
Peta minda boleh digunakan dengan mengorganisasi idea dalam bentuk
gambar dan kata kunci, mencatat nota dengan ringkas dan mudah, serta mengembangkan
kreativiti, organisasi, dan persembahan idea. Terdapat beberapa ciri peta minda,
antaranya ialah kreatif dan tidak formal (boleh dilukis) dan tajuk diletakkan di bahagian tengah (idea-idea lain dikembangkan di luar idea utama)
Kebaikan menggunakan peta minda adalah kerana ia mudah diingati mudah dibaca dan
difahami. Manakala kelemahan menggunakan peta minda adalah kerana terlalu ringkas
(guna singkatan, bahasa atau perkataan tertentu) dan tiada huraian
jelas.
Contohnya:
Gambar 1.4: Peta
Minda Jenis Pokok.
Gambar 1.5: Peta Minda Jenis Ikan Tulang
Video berkaitan:
Pemetaan i-Think
Pemetaan i-think merupakan program yang bertujuan mempertingkatkan dan
membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar.
Pemetaan i-Think digunakan dalam:
- Mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu
- Menerokai pelbagai kemungkinan idea dan ciptaan
- Membuat pertimbangan yang wajar bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
- Membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami
Gambar 1.6:
Lapan jenis pemetaan i-Think.
Video tentang pemetaan i-Think.
Teknik Menyoal Aras Tinggi
Kemahiran menyoal adalah alat perkembangan minda yang paling penting
bagi manusia. Apabila seseorang itu pandai menyoal, dia sudah menguasai
kemahiran belajar dan dapat belajar dengan efektif dan efisien dalam apa-apa
matapelajaran yang diambilnya.
Antara tujuan menyoal adalah:
- Mengenal pasti apa pelajar tahu
- Menimbulkan minat dan sifat inkuiri
- Menggalakkan pemikiran dan perbincangan
- Menjana pembelajaran kendiri
Terdapat beberapa teknik menyoal aras tinggi, antaranya:
i. Penyoalan
Sokratik
Teknik ini diperkenalkan oleh ahli falsafah Yunani
bernama Socrates, lebih 2500 tahun dahulu. Beliau menegaskan soalan amat
penting dalam menjana pemikiran seseorang dengan kritis. Penyoalan Sokratik
juga dikenali sebagai Teknik “deep
questioning”. Antara jenis soalan dalam penyoalan Sokratik adalah seperti
berikut:
a)
Soalah untuk mendapatkan penjelasan
b)
Soalan yang menyiasat andaian
c)
Soalan menyiasat sebab dan bukti
d)
Soalan yang mendapatkan padangan / pendapat
e)
Soalan yang menyiasat implikasi dan kesan
f)
Soalan mengenai soalan
ii. Soalan Bertumpu
dan Bercapah
Soalan bertumpu dan bercapah merupakan jenis soalan
yang memberi penumpuan kepada sama ada sesuatu soalan itu berkehendakkan
jawapan respon yang terhad atau tidak terhad.
Jadual dibawah menjelaskan perbezaan antara soalan
bertumpu dan soalan bercapah.
SOALAN BERTUMPU
|
SOALAN BERCAPAH
|
Aras rendah
|
Aras tinggi
|
Jawapan atau
respon terhad, membawa maksud tersurat
|
Jawapan atau
respon luas, membawa maksud tersirat
|
Berbentuk
tertutup
|
Berbetntuk
terbuka
|
Sesuai menguji
daya ingatan
|
Sesuai menguji
penaakulan dan penafsiran
|
Lebih bersifat
objektif
|
Lebih bersifat
subjektif
|
iii. Lingkaran Soalan
Teknik ini diperkenalkan oleh Christenbury dan Kelly (1983) dan
diperkenalkan oleh William W. Wilen di Malaysia pada tahun 1994. Lingkaran
soalan memberi tumpuan kepada tiga skop khusus, iaitu perkara (P), individu
(I), dan luar individu (LI). Gabungan tiga skop ini akan menjana lebih soalan
yang boleh meningkatkan kemahiran berfikir. Semasa pertanyaan, kaedah kata
tanya ‘5W1H’ juga boleh diaplikasikan, iaitu who, when, why, where, what dan
how.
Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh rujuk video dibawah:
Rujukan:
Azual Hamdan. (2013). Soalan dan Penyoalan. Diakses pada 18 September 2018, daripada
Nurul aqilah. Alat-Alat Berfikir dalam Membuat Nota. Diakses pada 18 September 2018, daripada https://sites.google.com/site/kemahiranbelajarnurulaqilah/bab-5-kemahiran- mengambil-dan-membuat-nota/cara-cara-membuat-nota
Syed
Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon dan Aliza Adnan. (2014). Kemahiran Belajar. Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Wong
Sie Leong dan Lam Chang Po. Alat-Alat Berfikir Dalam Membuat Nota. Diakses pada
10 September 2018, daripada https://wsllcp.wordpress.com/about/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan