Khamis, 20 September 2018

Cara-Cara Membuat Nota


Disediakan Oleh: Kang Wei Li

Menurut Kamus Dewan Edisi Kedua, nota bermaksud catatan bertulis yang digunakan untuk rujukan. Kemahiran mencatat nota merupakan kemahiran yang wajib dikuasai oleh semua pelajar terutamanya pelajar-pelajar yang menuntut di pusat pengajian tinggi. Nota yang dihasilkan melalui kreativiti sendiri akan meningkatkan daya ingatan seseorang dan keberkesanannya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Semasa mencatat nota, pelajar haruslah pandai membezakan antara fakta dengan huraian. Huraian merupakan sokongan bagi fakta dan dikira tidak penting dalam catatan nota.

            Semasa guru atau pensyarah mengajar kita sesuatu benda baharu dan kita tidak mencatatnya di dalam buku nota kita, pasti pengajaran tersebut mudah kita lupa. Sebaliknya, jika adanya nota dan kita sentiasa membaca dan menghafal, pasti kita dapat ingat dan akan dijadikan memori jangka masa panjang. Menurut Tuurkel, J.K. & Peterson, F (1982), mencatat juga membantu pelajar memberi tumpuan dan mengingat apa yang disampaikan oleh pensyarah. Mencatat nota merupakan salah satu cara untuk belajar.

Faktor pelajar gagal mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan mungkin berpunca daripada pelajar tidak mempunyai nota yang sistematik dan tersusun. Menurut Wan Izzuddin Wan Sulaiman dan Wan Hasni Wan Sulaiman (1991), pelajar harus tiba tepat pada watu kuliah supaya tidak ketinggalan dalam mencatat nota. Menurut Siti Hawa Munji pula, pelajar bukan sahaja perlu menepati masa, tetapi juga perlu memilih tempat duduk yang sesuai supaya boleh menumpukan sepenuh perhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, terdapat empat cara yang boleh untuk membuat nota:

                                        

Pertama sekali ialah annotation. Annotation ialah nota yang dituliskan dalam bentuk catatan isi penting, kandungan perbincangan yang disampaikan dalam kuliah. Tujuan membuat catatan adalah untuk mengenal pasti kandungan atau fokus tajuk yang dibincangkan. Catatan disediakan dengan menggunakan pen highlighter untuk menonjolkan perkataan atau isi penting yang dinyatakan. Nota juga boleh dibuat dalam bentuk garis, highlight, bulatan, tanda soal dan sebarang tanda atau pangkah dan sebagainya. Cara ini sesuai digunakan untuk bahan bercetak. Contohnya, 





Selain itu, Outline Notes. Outline dilakukan dengan menggunakan tajuk besar dan kecil serta indentation. Outline Notes merupakan nota berbentuk isi atau points dengan menggunakan perenggan, nombor atau perkataan. Cara ini hanya menggunakan kata kunci atau frasa. Contohnya:






Seterusnya, kaedah membuat nota dengan Column Notes. Column Notes merupakan nota yang menggunakan format berbentuk lajur. Teknik ini sesuai digunakan bagi subjek Sains dan Matematik. Nota dicatat mengikut tajuk dan subtajuk dalam satu kolum. Kolum sebelah kiri adalah idea utama/tajuk atau subtajuk. Kolum sebelah kanan adalah penerangan atau penjelasan kepada tajuk dan subtajuk. Contohnya:
            
                                         



Akhir sekali, nota rumusan. Nota dicatat dalam bentuk rumusan dan ditulis dalam perenggan. Nota ini lebih berfokus kepada isi penting. Ruangan di antara nota disediakan untuk nota tambahan. Nota rumusan merupakan nota yang ditulis dengan mencatat semula apa yang difahami daripada teks yang dibaca ataupun yang didengari bukan membuat ringkasan. Contohnya:

                                    



Kesimpulannya, kita berfikir secara kritis, analitik dan kreatif semasa membuat nota untuk memilih fakta yang berkaitan sahaja. Ini dapat membantu pelajar mengimbas kembali apa-apa yang telah dipelajari atau apa-apa yang kita baca. Nota merupakan rekod kekal yang boleh dirujuk pada bila-bila masa atau apabila terlupa. Membuat nota adalah satu kaedah berkesan untuk pengukuhan. Pelajar tidak perlu mengingat semua yang telah dipelajari dan boleh membantu pelajar membuat rujukan akhir sebelum menghadapi peperiksaan. 


Info yang lebih lanjut boleh rujuk:










                            








Tiada ulasan:

Catat Ulasan