Edward De Bono telah mencipta enam Cognitive Research Trust (CoRT)
:
CoRT 1: Keluasan Persepsi
CoRT 2: Organisasi Proses
Berfikir
CoRT 3: Interaksi, Argumen,
Pemikiran Kritis
CoRT 4: Pemikiran Kreatif
CoRT 5: Maklumat dan Perasaan
CoRT 6: Tindakan
CoRT IV
Terdapat 9 alat dalam Cort IV yang lebih menumpukan kepada pemikiran kreatif. Alat-alat berfikir Cort IV dapat merangsangkan pemikiran pelajar untuk melihat sesuatu isu dan idea secara kreatif sebelum membuat sesuatu rumusan atau keputusan.
Terdapat 9 alat dalam Cort IV yang lebih menumpukan kepada pemikiran kreatif. Alat-alat berfikir Cort IV dapat merangsangkan pemikiran pelajar untuk melihat sesuatu isu dan idea secara kreatif sebelum membuat sesuatu rumusan atau keputusan.
1)
Ya, Tidak dan Po (Yes, No and
Po) –
Pelajar boleh menggunakan jawapan TIDAK untuk menolak pandangan atau cadangan
dan YA jika bersetuju. Sekiranya tidak dapat menolak sepenuhnya pandangan
tetapi melihat secara kreatif sebagai satu khayalan atau fantasi atau semata-mata
sebagai satu pandangan maka pelajar boleh jawab “PO” kepada pandangan tersebut.
“PO” juga digunakan apabila kita tidak dapat menimbangkan sesuatu idea tetapi
kita ingin memikirkan idea tersebut secara kreatif dan memberi pendapat atau
pandangan yang lain berdasarkan idea itu.
2)
Batu Loncatan (Stepping
Stone) –
Menggunakan idea atau pandangan sedia ada untuk mendapatkan atau mencipta idea
baharu. Ini adalah bermakna idea asal digunakan sebagai batu loncatan untuk
mendapatkan idea baru yang lebih realistik untuk dipraktikkan atau bergerak
kepada idea yang lain.
3) Input Rawak (Random Input) – Kita boleh mengambil
mana-mana perkataan yang ada dalam bahan bacaan atau apa sahaja perkataan yang
terlintas dalam pemikiran sebagai input rawak walaupun unsur tersebut tidak
berkaitan secara langsung dalam situasi atau masalah yang sedang kita fikirkan.
4) Mencabar konsep/idea dominan
(Concept challenge/dominant idea) – Mencabar konsep yang sedia ada dapat mencetuskan idea
baru yang kadang kala boleh memberi pilihan yang lebih baik kepada kita.
Cabaran yang dibuat boleh memastikan adakah itu sahaja satu-satunya cara yang
dapat dilakukan dalam sesuatu perkara atau situasi dan tidak mempunyai pilihan
lain yang lebih baik. Dalam sesuatu rancangan atau program tentu ada idea dominan
yang menjadi tujuan utama program tersebut. Semua aktiviti yang dilakukan dalam
program hendaklah menjurus kepada mencapai hasrat idea dominan tersebut. Untuk
mendapatkan idea baharu, kita perlu mengenal pasti idea dominan dan mencari
jalan untuk keluar daripadanya sekiranya ada kebaikan yang lebih besar.
5) Mengasingkan kelemahan
(Remove faults) –
Kelemahan disifatkan sebagai sesuatu yang salah dan perlu dibetulkan atau
dibaiki. Untuk mengetahui kelemahan sesuatu idea atau aktiviti kita perlu
menyenaraikan kelemahan tersebut dan mengasingkan mengikut keutamaan. Sebelum
membuat pengasingan perlu difikirkan apakah kelemahan yang ada dan bagaimanakah
cara mengatasinya.
6) Kombinasi – Penggabungan beberapa idea
dapat mencetuskan idea baharu. Percantuman idea boleh menyelesaikan sesuatu
masalah. Kombinasi idea boleh digunakan dalam pelbagai situasi kehidupan
seperti mencipta barangan baharu atau menyelesaikan masalah.
7) Mentakrifkan masalah – Mentakrif bermaksud kita
menghuraikan sesuatu masalah secara terperinci dan akhirnya dapat mengetahui
masalah sebenar. Melalui takrifan juga akan mencetuskan idea baru bagi membantu
penyelesaiannya. Takrifan membawa idea munasabah untuk dilaksanakan diterima
dan sebaliknya takrifan membawa idea yang tidak sesuai akan ditolak.
8) Keperluan-keperluan – Bagi memantapkan sesuatu idea, rekaan ataupun pendapat
keperluan yang berkaitan dengan situasi perlu disenaraikan. Kita akan melihat
apakah kekurangan yang mungkin timbul dan dapat dibaiki sebelum dilaksanakan.
Apabila kita memikirkan keperluan untuk sesuatu idea, rekaan atau pendapat
banyak idea lain yang dapat dicetuskan untuk melengkapkan idea utama tadi.
9) Penilaian – Sesuatu idea, ciptaan dan
aktiviti perlu dinilai supaya ia memenuhi kehendak semasa. Penilaian bermaksud
menilai sesuatu idea untuk mengetahui sama ada ia akan Berjaya atau tidak. Ini
bermakna kita meninjau dari segi kesesuaiannya kepada keperluan semasa serta
kebaikan dan keburukannya.
nk cort 2...........
BalasPadam